Kesan-kesan migrasi dalaman terbahagi kepada kesan positif dan kesan negatif. Antara kesan positif migrasi dalaman terhadap kawasan asal dan kawasan destinasi ialah peningkatan pembangunan sumber alam di tempat destinasi. Migrasi masuk penduduk ke sebuah kawasan membolehkan kawasan itu mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana dan membangunkan sumber-sumber alam yang ada. Sebagai contoh sumber tanah di rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA, DARA, KESEDAR, KETENGAH, dan KEJORA dapat di majukan dengan sector perladangan getah dan kelapa sawit. Kemajuan ini disebabkan kemasukan migran penduduk desa dalam program penempatan peneroka yang dilakukan oleh FELDA pada awal 1970-an. Golongan peneroka melakukan kerja-kerja buruh seperti pembersihan tapak ladang, penanaman, pengutipan hasil dan penghantaran ke kilang memproses.

Selain itu, tekanan kependudukan dapat dikurangkan. Tekanan kependudukan dan sumber alam di kawasan desa atau di kawasan yang padat penduduk dapat dikurangkan melalui migrasi keluar penduduk dari kawasan tersebut. Contohnya, melalui program transmigrasi penduduk Pulau Jawa ke pulau-pulau lain di Indonesia sedikit sebanyak telah berjaya mengurangkan tekanan penduduk yang selama ini berlaku di Pulau Jawa. Penduduk yang tinggal boleh mengerjakan sumber alam yang ada tanpa saingan sengit. Peluang pekerjaan yang ada boleh diisi dan sepadan dengan penawaran buruh semasa. Justeru pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup penduduk juga turut meningkat.

Antara kesan negatif  migrasi dalaman terhadap kawasan asal dan kawasan destinasi pula ialah tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah. Hal ini disebabkan berlakunya persaingan guna tanah yang ketara antara penempatan, industry, pembandaran, kemudahan asas, pertanian, dan sebagainya di bandar raya Kuala Lumpur. Saiz tanah yang tidak bertambah berbanding kepadatan dan intensity guna tanah  akan menimbulkan tekanan terhadap tanah-tanah yang ada. Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru kawasan penempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. Pembukaan kawasan penempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada seperti guna tanah pertanian. Pada masa kini sudah banyak estet-estet pertanian bertukar kepada estet perindustrian dan perumahan serta nilai tanah menjadi semakin mahal sehingga sukar untuk guna tanah lain sijalankan.

Selain itu, pencemaran dan kerosakan sumber alam. Pertambahan penduduk di bandar-bandar besar akibat migrasi telah meningkatkan kadar pencemaran udara dan air di bandar-bandar berkenaan. Pertambahan penduduk secara tidak langsung meningkatkan jumlah kenderaan yang melepaskan gas-gas pencemar seperti karbon monoksida ke udara. Keadaan ini akan meningkatkan lagi indeks pencemaran udara. Sumber air khususnya sungai akan tercemar menerusi pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap ole penduduk yang semakin bertambah khususnya di kawasan setinggan. Contohnya, kes Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kerosakan terhadap sumber alam dirujukkan kepada pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh yang sering terjadi di bandar-bandar besar akibat pembangunan yang pesat khususnya di lereng-lereng bukit bagi tujuan penampung pertambahan penduduk melalui membina kawasan perumahan.

Di samping itu, kepupusan sumber alam. Migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawaan yang mempunyai sumber berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti. Contohnya, sumber bijih timah di Ipoh, Perak yang diancam kepupusan akibat eksploitasi berlebihan semenjak kemasukan migran-migran melalui Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Sumber-sumber hutan di kawasan bandar juga hamper kehabisan kerana proses penebangan dan penerokaan yang sentiasa berlaku bagi memenuhi permintaan sector perumahan, pembandaran, dan perkilangan yang semakin bertambah sejajar dengan kemasukan penduduk ke kawasan bandar-bandar.

Justeru itu berlakunya pembaziran sumber. Negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu mengalami masalah kekurangan pekerja untuk membangunkan sumber-sumber alam setempat. Misalnya masalah tanah terbiar dan krisis tenaga dalam sektor pertanian dan perikanan. Fenomena migrasi tenaga kerja dari sector pertanian dan perikanan dari luar bandar ke sektor industrian dan perkhidmatan di bandar menyebabkan kawasan-kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur.
 
 
 Klik sini untuk mendapatkan koleksi soalan-soalan STPM sejarah 1.

dan

Klik sini untuk mendapatkan skema jawapan bagi soalan-soalan sejarah STPM sejarah 1.

Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan semua dalam kertas sejarah 1 dan Cikgu Norali pasti berbangga dengan kalian jika memperoleh keputusan yang SUPERB~!

kredit to Kak Yati..for the link!
 
 
 Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
[Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad (Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)]

Kalau orang luar negeri atau pelancong luar negara bertanya saya: bahasa apakah yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia, apakah jawapan yang sepatutnya saya berikan? Saya akan menjawab: bahasa Melayu. Ini jawapan yang benar. Kalau saya berkata, ‘bahasa Malaysia’, orang akan bertanya, bahasa Malaysia itu bahasa apa? Kalau saya berkata bahawa ‘bahasa Malaysia’ ialah bahasa Melayu, orang luar itu, kalau dia cerdik, boleh bertanya seterusnya, apakah bahasa Cina atau bahasa Tamil bukan bahasa Malaysia?
Demikianlah, kalau saya pergi ke Britain dan buat selamba bertanya, apakah bahasa rasmi atau ‘bahasa kebangsaan’ Britain? Mungkinkah orang Britain akan berkata: “Bahasa Britain”? Tentu tidak. Mereka akan berkata ‘Bahasa Inggerislah’.

Jawapan yang sama juga akan kita dapat kalau kita bertanya soalan yang sama kepada orang Australia. Di Malaysia, istilah yang digunakan untuk membezakan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain dari segi taraf sosiopolitik atau taraf undang-undangnya (legalistik) ialah bahasa kebangsaan.

Istilah ‘Bahasa Malaysia’ tidak terdapat dalam Perlembagaan, dalam Akta Bahasa Kebangsaan (1963/68), dan dalam Akta Pelajaran. Perlembagaan tidak menyatakan bahawa “bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia”atau “bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Malaysia”. Di Singapura, negara majoriti kaum Cina, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara itu. Jadi, kalau orang bertanya, bahasa apakah yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan Singapura, jawapannya tentulah “bahasa Melayu” tidak mungkin “bahasa Singapura”.

Kalau kita berasa susah hati sangat bahawa kononnya istilah ‘bahasa Melayu’ ini ‘berbau perkauman’ oleh sebab itu kita menyangka orang bukan Melayu (boleh jadi) tidak suka menggunakan bahasa ini, saya kira ini perasaan yang dibuat-buat sahaja. Lama-lama nanti kita takut pula hendak menggunakan istilah “bangsa Melayu”. Masalah ini tidak “neutral” atau lebih “bebas etnik”, istilah itu sebenarnya sudah ada, iaitu istilah bahasa kebangsaan.

Selepas kemerdekaan istilah ini tidak dikaitkan lagi dengan bangsa Melayu atau dengan “nasionalisme Melayu” tetapi sudah dijadikan bahasa kebangsaan negara Malaysia, bahasa yang merentas sempadan dan kepentingan etnik.

Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negeri, di Eropah, di Korea, di Jepun, di negeri China, di Amerika, di Australia dan di beberapa banyak tempat lain lagi tentu tidak akan mengubah kursus “Pengajian Bahasa Melayu” di tempat masing-masing kepada kursus “Pengajian Bahasa Malaysia”. Sarjana-sarjana di sana tahu bahawa yang ada di dunia ini ialah “bahasa Melayu”, bahasa yang sudah wujud sejak lebih 2000 tahun dan inilah bahasa yang mereka kaji.

Nampaknya kelam kabut lagi jadinya orang di Malaysia, terutama pelajar di sekolah. Buku teks dan sukatan pelajaran tidak akan menggunakan istilah “bahasa Melayu” lagi. Timbul pula soal: apakah sastera Melayu akan disebut sastera Melayu atau “sastera bahasa Malaysia”?

Saya berharap istilah “bangsa Melayu” suatu hari nanti tidak akan dihapuskan seperti terhapusnya “Persekutuan Tanah Melayu” atau “Negeri Melayu”, yang sudah digantikan dengan istilah ‘Semenanjung Malaysia’ atau ‘Malaysia Barat’ – agaknya istilah ini lebih ‘bebas etnik’.
Walau bagaimanapun, apa pun istilah yang kerajaan hendak gunakan, yang penting, bahasa Melayu jangan menjadi korban atau mangsa perubahan nama ini. Janganlah bahasa ini diturunkan darjatnya menjadi bahasa “lambang negara” sahaja, atau hanya sebagai “bahasa perpaduan”– entah apalah maksud istilah ini!Yang penting bahasa Melayu hendaklah terus dimajukan sebagai bahasa ilmu, bahasa pembangunan negara dan bahasa tamadun tinggi di negara ini. Jangan nanti nasib bahasa Melayu di Malaysia seperti nasib bahasa Melayu di Singapura: tarafnya ialah sebagai “bahasa kebangsaan negara”, tetapi tidak memainkan peranan sebagai alat pembangunan negara.

CINTAILAH BAHASA KITA, KALAU TAK KITA SIAPA LAGI...

nota kaki
habis 2...Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia???huhuhuhu....menyusahkan pelajar right?
 
 
  AYAT TERGANTUNG
Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat. Ayat-ayat sebegini kerap ditulis oleh pelajar-pelajar terutama calon-calon STPM akibat kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa.

1. Ayat tanpa subjek
Contoh ayat:
- Dalam buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih-kuih tradisional masyarakat Melayu. (Sepatutnya: Buku itu meghuraikan cara-cara membuat kuih tradisional masyarakat Melayu)
- Di negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. (Sepatutnya: Negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.)

2. Ayat tanpa predikat
Contoh ayat:
- Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. (Sepatutnya: Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai perlu disegerakan)
- Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara. (Sepatutnya: Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan)

3. Kesalahan frasa kerja transitif - tidak diikuti oleh objek
Contoh ayat:
- Kehadiran pihak tuan akan menyerikan lagi majlis kami. (Sepatutnya: Kehadiran pihak tuan akan menyerikan majlis kami lagi.)
- Pemberita itu melaporkan dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan. (Sepatutnya: Pemberita itu melaporkan berita dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.)

4. Ayat yang bermula dengan kata hubung
Contoh ayat:
- Justeru itu, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.
- Manakala, semua peserta perlu melaporkan diri pada minggu depan.

5. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata
Contoh ayat:
- Pelajar itu tidak tahu mengapa dia gagal dalam ujian itu.
- Mereka tidak pasti siapa yang terlibat kemalangan itu.

6. Kesalahan struktur ayat pasif
Contoh ayat:
- Perkara itu saya belum putuskan lagi.
- Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

7. Binaan idea ayat yang tidak berfokus
Contoh ayat:
- Langkah itu juga merupakan suatu penyelesaian bagi negara dan memupuk generasi muda ke arah Wawasan 2020.
- Huraikan dengan terperinci mengenai tajuk itu.

8. Komponen ayat yang tidak tepat
Contoh ayat:
- Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan seperti minyak dan lemak yang berkolesterol tinggi.
- Apabila bencana berlaku seperti banjir dan kemarau, banyak harta benda yang musnah.

9. Kesalahan ayat pancangan komplemen
Contoh ayat:
- Kerajaan berusaha mengatasi masalah setinggan dalam kalangan penduduk bandar. (tiada kata hubung komplemen iaitu "untuk")
- Kami yakin pasukan hoki sekolah akan memperoleh kemenangan dalam perlawanan esok. (tiada kata hubung komplemen "bahawa")

10. Kesalahan ayat pancangan relatif
Contoh ayat:
- Punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh media massa. (Tiada kata hubung relatif "yang")
- Beberapa orang disyaki menjadi anggota kumpulan ajaran sesat telah didakwa di mahkamah.

Ayat yang sempurna datang daripada amalan banyak membaca dan penguasaan ilmu tatabahasa. =)
 
 
 1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.




 
 
Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan tertentu

Sistem politik yang diamalkan di setiap negara dan kerajaan adalah berbeza berdasarkan ideologi politik yang digunakan di antaranya seperti berikut.

1. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

2. Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet.Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:



Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
China (Republik Rakyat China)
Cuba (Republik Cuba)
Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
China,Laos,Vietnam,Cuba dan Korea Utara

3. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.




Sosialisme dan komunisme

Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.






Picture
Lenin dan stalin
Picture
Karl marx
 
 
 1. Monarki, (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi Ketua Negara.
Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan.

Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif

2. Raja Berperlembagaan

Adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ianya dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.Sesetengah Raja berpelembagaan adalah mengikut keturunan; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia dimana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

3. Ditaktor

Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.Di negara-negara Barat, istilah "diktator" biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf Hitler dari Jerman, Idi Amin dari Uganda dan Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol.

4. Negara kebajikan adalah negara di mana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan wajib kepada rakyatnya.Negara kebajikan boleh merujuk kepada:
Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh negara Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyak. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat. Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan.

Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan". Negara kebajikan lazimnya ditemui di negara Scandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan.Di negara Scandinavia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai program kebajikan.

Negara     Belanja kebajikan (% dari KDNK)  KDNK per kapita (PPP US$)  
 
Denmark 29.2 $29,000
Sweden 28.9 $24,180
Perancis 28.5 $23,990
Jerman 27.4 $25,350
Belgium 27.2 $25,520
Switzerland 26.4 $28,100
Austria 26.0 $26,730
Finland 24.8 $24,430
Belanda 24.3 $27,190








 
 
 Burma dan Thailand mempunyai latar belakang sejarah pemerintahan yang berbeza. Uniknya Thailand sebuah negara yang tidak pernah dijajah sementara Burma/Myanmar pernah menjadi negara jajahan British. Namun demikinan banyak perubahan berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Sistem pemerintahan Myanmar berbentuk Kesatuan, sementara Thailand berbentuk Monarki Berpelembagaan.



Pemerintahan di Myanmar
 


Pemerintahan tentera selepas Perang Dunia Kedua. Jeneral Aung San yang mengetuai Majlis Menteri dalam pentadbiran tentera mengadakan pilihanraya pada tahun 1947.Parti Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis(AFPFL) pimpinan Aung San menang tetapi beliau mati dibunuh oleh U Saw bekas ahli AFPFL.U Nu mengetuai kerajaan dan mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British pada tahun 1948.
Pemerintahan Myanmar meniru corak Parlimen British yang mengandungi Dewan Rendah dan Dewan Kebangsaan.



Pilihanraya diadakan empat tahun sekali untuk memilih kedua-dua ahli dewan.
Ketua negara Burma ialah Presiden yang dipilh oleh kedua-dua dewan untuk tempuh lima tahun. Presiden berkuasa melantik Perdana Menteri. Dia juga berkuasa melantik menteri, memanggil dan membubarkan dewan perwakilan.



Pentadbiran tempatan terbahagi kepada tiga bahagian



PETA RANGGON

i.Burma sebenar/Burma Proper mengandungi lapan bahagian dan setiap satu mengandungi 34 daerah yang ditadbir terus oleh kerajaan pusat di Ranggon.
ii. Kampung dan bandar memilih wail melalui wakil ke majlis bandar.Majlis bandar memilih 4-8 wakil ke majlis daerah.
iii. Setiap negeri mempunyai majlis negeri sebagai pembuat dasar.Ketua Eksekutif Negeri dilantik oleh Presiden.Ketua eksekutif akan menjadi menteri masing-masing dalam kabinet pusat.



JENERAL NE WIN

Sistem pemerintahan ini berakhir pada 2 Mac 1962 bila berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win. Beliau menubuhkan Majlis Revolusi yang terdiri daripada 18anggota kanan tentera. Beliau bertindak sebagai Presiden dan perlembagaan baru dibentuk pada tahun 1962.

Pemerintahan di Thailand
 
Amerika Syarikat dan British diminta kerjasama bagi menubuhkan kerajaan bercorak demokrasi berpelembagaan.Tiga golongan yang bertentangan di Thailand;

i. Pihak tentera pimpinan Pibun Soggaram.
ii. Pihak Liberal pimpinan Pridi Ponamyong
iii.Pihak Konservatif pimpinan Kukrij Pramoj.

Pilihanraya pertama Januari 1946, Pridi berjaya. Khuang Aphaivong dilantik menjadi PM dan Pridi tetap menjadi Pemangku Raja Ananda. Mei 1946, perlembagaan baru dirangka. Dalam perlembagaan itu terdapat sebuah Dewan Rakyat dan sebuah Dewan Senat. Kedua-dua dewan itu menyokong Pridi dan Pridi dilantik menjadi PM. Perebutan kuasa berlaku. 1946 Pridi dipenjarakan atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan Raja Ananda.

Setelah bebas beliau aktif semula. Parti-parti politik berkembang pesat.
November 1947 berlaku Coup d’ etat oleh tentera. Penyokong Pibun Songram. Demokrasi liberal terbantut hingga 1970 an. Satu perlembagaan digubal, pilihanraya diadakan. Untungkan parti konservatif.



Khuang Aphaiwong dilantik menjadi Perdana Menteri.



Pada tahun 1952 berlaku lagi rampasan kuasa tentera. Kali ini perlembagaan 1949 dimansuhkan dan Perlembagaan 1932 dikuatkuasakan semula.Untuk menjaga kedudukan pihak tentera, separuh daripada anggota parlimen.Semua parti politik dibubarkan.
Pibun menggunakan alasan komunis untuk dapatkan sokongan Amerika. Pergolakan politik di Thailand berlegar di sekitar kuasa tentera. Demokrasi lemah hingga tahun 1970 an.

Kesimpulannya

Pemerintahan di Burma dan Thailand sering berubah corak akibat campur tangan tentera dalam pemerintahan. Demokrasi sering tergugat dan perlembagaan berubah-ubah mengikur arus pihak pemerintah.










 
 
Huraikan faktor-faktor berlakunya penentangan masyarakat di Flipilina dan
Vietnam terhadap kuasa-kuasa barat pada abad ke 19.

Pendahuluan
- Pertentangan antara timur dan barat telah mencetuskan gerakan anti barat di Filipina dan Vietnam pada abad ke 19.
- Pemberontakan Basi, Pemberontakan Cavite, Tayabas dll.



Faktor-faktor penentangan Vietnam terhadap Perancis

1. Semangat setia kepada raja, negeri dan Confucius
- 1860 an komender tentera Truong Chong Dinh, Sarjana Nguyen Huu Huan dan
nelayan Nguyen Trung Truc
- Tentangan juga wujud melalui tulisan oleh Phan Van Tri
- 1870 – 1890an muncul golongan intelegensia

2. Slogan setia raja (Aid The King atau Chan Vuong)
- berunsur ideology dan politik perkauman
- tema menghapuskan agama dan menghalau keluar perancis
- mereka menyerang dan membunuh orang Vietnam beragama kristian
- tokoh terlibat Phan Dinh Phung di kawasan Ha Tinh dan Hoang Hoa Than di
pergunungan utara

3. Pengaruh luar - Gerakan Islah Kang Yu Wei dan Liang Ch`i Chao
- mempengaruhi gerakan islah Vietnam menyingkirkan sesetengah pandangan
confucius dan menerima pandangan barat
- Tokoh – Phan Boi Chau – Buku Baru Mengenai Tangisan Darah Pulau Ryukyu –
menyeru orang Vietnam sebagai bersaudara dan hendaklah bersatu cintakan tanah air


4. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dan Pemodenan Meiji
- mempengaruhi perjuangan Vietnam memodenkan monarki
- Putera Chuong De (1882-1951) – mengagumi Jepun

5. Perkembangan agama kristian
- mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat Vietnam
- bimbang Perancis akan memusnahkan budaya dan agama mereka

6. Sikap dan tindakan orang Perancis ke atas penduduk tempatan
- Kapten Francis Garnier , ajen Dupuis , Laksaamana Jules Marie Duprei
menimbulkan kemarahan golongan mandarin

Faktor penentangan Rakyat Filipina terhadap Sepanyol

1. Layanan yang berbeza tentera Sepanyol terhadap askar Filipina
- diskriminasi dari segi gaji, layanan dan pangkat
- gaji rendah, layanan buruk dan tiada peluang berjawatan tinggi
- menyebabkan berlakunya pemberontakan Novales (1823 ) dan Dahagi Tagalog (1871)

2. Diskriminasi dalam kalangan paderi
- paderi Sepanyol mempunyai banyak keistimewaan berbandinbg paderi Filipina
- keistimewaan dari segi jawatan dalam gereja
- berlaku pemberontakan Tayabas pimpinan Apolinario de la Cruz

3. Kewujudan kelas menengah yang belajar di luar negeri
- melanjutkan pelajaran di Eropah
- menuntut reformasi sebagai langkah awal kemerdekaan
- terpengaruh dengan tulisan dan idea-idea barat

4. Perkembangan fahaman liberal
- perlantikan De La Tore sebagai Gebenor
- idea liberalism dan memperkenalkan banyak pembaharuan

5. Penentangan terhadap dasar pembaharuan Sepanyol
- Sepanyol mengharamkan rakyat tempatan menghasi dan menjual arak sendiri
- arak sebagai pekerjaan tradisi rakyat filipina
- rakyat Filipina dipaksa membeli dari Sepanyol
- Perniagaan arak di monopoli Sepanyol
- Pengharaman penghasilan arak menghilangkan sumber pendapatan rakyat Filipina.
- Menyebabkan berlaku pemberontakan Basi (1807)

Penutup

- Walaupun dapat ditewaskan perasaan curiga terhadap penjajah tetap berterusan
- Menyebabkan berlakunya gerakan propaganda dan gerakan nasionalisme









 
 


Umum                   

Pada kebiasaannya, para pelajar gagal memperolehi markah yang tinggi dalam bahagian esei kerana pelajar gagal memahami kehendak soalan, walaupun pelajar dapat mengarang dengan baik. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagaimana pelajar dalam mendekati tugasan soalan yang berbunyi “ bincangkan pernyataan  di atas ”.  Pelajar perlu memahami pernyataan yang terdapat dalam soalan . Kebiasaannya terdapat  dua arahan dalam pernyataan soalan .( paling popular)  Bagaimanapun, pernah juga soalan STPM yang hanya meminta satu arahan atau tiga arahan. Jadi, pernyataan soalan itu sendiri  akan menentukan arahan sebenar yang perlu dijawab oleh calon STPM.

Teknik Memahami Soalan yang Berbunyi “ Bincangkan pernyataan di atas ”.

Arahan : Cuba kenal pasti arahan/tugasan yang diminta dalam soalan berikut  dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada jawapan.

1. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan  teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-soalan 4)

 Jawapan Soalan 1

Soalan 1

a.  Ayat “ Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, ” membawa maksud kepentingan/kebaikan teknologi pengkomputeran kepada manusia.

 

b. Ayat  namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan  teknologi berkenaan” bermaksud keburukan komputer

 

c. Perkataan ” walaupun...... namum” membawa maksud kontrats

 

d. Jadi soalan ini meminta pelajar memberikan ” kebaikan dan keburukan ” komputer kepada kehidupan manusia.

 

e. Kebaikan termasuk memudahkan urusan harian manusia, wujud peluang pekerjaan dan R & D. Keburukan komputer adalah  mengganggu kesihatan dan masalah penyebaran maklumat tidak benar.

 



2 “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri  ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1)

Jawapan Soalan 2 

Soalan 2

a. Ayat “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara” meminta kebaikan sektor pelancongan.

 

b. Ayat “sumbangan positif industri  ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya” jelas meminta pelajar memberikan kesan negatif sektor pelancongan.

 

c. Soalan 2 mengkehendaki pelajar menjawab kebaikan dan keburukan sektor pelancongan.

 

d. Kebaikan termasuk mewujudkan  peluang pekerjaan, pendapatan negara dan pembangunan setempat. Keburukannya seperti pencemaran budaya dan kemusnahan alam sekitar.



3.  Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah  kepada negara-negara berkenaan.  Bincangkan(2004-Soalan 2)

Jawapan Soalan 3

Soalan 3

 

a. Ayat “Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun” bermaksud  keperluan-keperluan  proses perbandaran di negara membangun.

 

b. Ayat  namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah  kepada negara-negara berkenaan” meminta  masalah-masalah urbanisani.

 

c. Soalan 3 meminta pelajar memberi keperluan-keperluan urbanisasi dan masalah –masalah urbanisasi.

 

d. Keperluannya untuk menwujudkan sistem pentdbiran yang lebih baik ,  peluang-peluang ekonomi yang luas dan petempatan yang lebih terurus.Masalah urbanisasi adalah masalah pencemaran, masalah sosial dan kesesakan jalan raya.




4 Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni  dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

Jelaskan  penyataan ini. (1997- soalan 3)

Jawapan Soalan 4

Soalan 4

 a. Ayat ” Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara.” membawa maksud kepentingan sains dan teknologi . 

b. ”Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni  dan kemanusiaan mesti dikorbankan” bermakna kepentingan seni dan kemanusiaan kepada negara. 

c. Soalan 4 meminta ”kepentingan sains dan teknologi” dan ”seni & kemanusiaan kepada sesebuah negara”. 

d. Kepentingan sains & teknologi adalah menggalakkan usaha R & D dan menghasilkan peralatan yang canggih. Kepentingan seni  & kemanusiaan termasuk menyumbangkan dari segi aspek kerohanian serta mengekalkan warisan seni dan budaya bangsa.




5. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.( 2006-Soalan 2)

Jawapan Soalan 5

Soalan 5

 

a. Ayat ” Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian  jelas mengkehendaki pelajar memberikan kepentingan-kepentingan sektor perindustrian.

 

b. Ayat ” Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya” pula meminta keperluan sektor pertanian.

 

c. Soalan 5 meminta kepentingan sektor perindustrian dan keperluan sektor pertanian kepada Malaysia.

 d. Kepentingan sektor perindustrian adalah mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan negara. Keperluan sektor pertanian meliputi membekalkan bekalan bahan input untuk sektor perindustrian , mengurangkan import makanan , iklim Malaysia memang sesuai untuk aktiviti pertanian.
Soalan ini hanya ada satu arahan/tugasan.



6. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk  merealisasikan konsep mesra alam bagi   mengatasi masalah  alam sekitar. Bincangkan ( STPM 2006- Soalan 3)

 Jawapan Soalan 6

Soalan 6.

 1. Soalan ini hanya ada satu arahan sahaja, iaitu cara-cara yang mesra alam dalam usaha mengatasi masalah alam sekitar. Jadi pelajar perlu menerangkan   sekurang-kurangnya  4 isi langkah. 

2. Cadangan isi adalah melalui aktiviti kitar semula, penggunaan tenaga solar/biomass, mengadakan R & D dan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam sektor pertanian.


Soalan ini ada tida arahan/tugasan.



7. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan dan  kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. Bincangkan pernyataan ini.( STPM 2002- soalan 1)

Jawapan Soalan 7

Soalan 7.

 1. Soalan ini agak berlainan, sebab dalam pernyataan soalan adalah 3 arahan soalan. 

2. Ayat ” Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembangmeminta sebab buruh kanak-kanak terus-menerus berkembang.( Isi =masalah kemiskinan dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang) 

3. Ayat ” Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undang-undang” meminta sebab buruh kanak-kanak menyalahi undang-undang.(Isi = kanak-kanak mudah dieskplotasi dan kanak-kanak berhak mendapat pendidikan) 

4. Ayat  tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan  & kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya”  bermaksud sebab-sebab ibu bapa/majikan /kanak-kanak menyembunyikan buruh kanak-kanak.( Isi =salah dari segi undang-undang dan kanak-kanak tidak minat ke sekolah/belajar)



Bahagian C

Panduan Menjawab Bahagian C  

1.      Calon perlu menjawab soalan 5    ( laras sastera, a  atau  b) dan soalan 6 ( laras sains , a atau b ) 

2.      10 markah utk setiap soalan

3. Baca dan fahamkan petikan. 4. Fahamkan arahan soalan & jawab mengikut kehendak

    soalan.

5. Jawapan perlu ringkas dan padat.

6. Gunakan bahasa yg ringkas, padat &  gramatis 

Jawapan  utk bahagian (i)

 

  1. Lebih senang & jawapan boleh dikesan melalui petikan. Kemungkinan soalan juga bertanyakan definisi sesuatu konsep    (S6 – sains)
  2. Tiada had perkataan
  3. Jawab dalam 1 ayat.
  4. Gunakan ayat sendiri.
 Jawapan untuk Bahagian ( ii ) 

1. Soalan berbentuk KBKK

2. Jawab ikut arahan soalan.

3      Berikan 2 isi untuk jawapan bahagian ( ii )

4       Setiap isi perlu ada 2 huraian yang ringkas. 



Contoh soalan Exel 1 – JPS 

5 (a).    Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta keamanan negara…                                                             (Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)  

(i)         Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?

 

Jawapan ( i )



Teras perpaduan bermakna sikap saling  memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. (jawapan kurang baik kerana tidak menggunakan ayat sendiri) 

Teras perpadauan bermaksud kaum-kaum berlainan di Malaysia saling memahami  cara hidup, budaya dan agama masing-maisng.

( Jawapan lebih baik ) 

 

(ii)        Dengan   menggunakan  tidak   melebihi   50  patah  perkataan,  jelaskan  langkah-langkah untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.          

Jawapan ( ii )  

Kerajaan boleh memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan. Penubuhan sekolah wawasan memberi peluang kepada pelajar berbilang kaum berinteraksi dan memahami budaya antara satu sama lain. Selain itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan ini memberi peluang kepada rakyat berbilangan kaum saling memahami  budaya dan memupuk intergasi. ( 50 pp)  

Bahagian D



Arahan :
Sila kena pasti kata kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan  bentuk graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang disertakan.
Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci tertenu. Selamat mencuba.


 

  1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlmm petikan di bawah, sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)

 

 

2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh  tahun 1990 dan tahun 1995.(1998)

 

 

3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)

 
4.
Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di
bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995)


 


5Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan
perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004)


 

6.Berdasarkan maklumat yang diberikan  dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan  kadar perubahan bilangan  kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga 2000.(2003)


7. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi  tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf garis. (1994 )



 

8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)

  

9  Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)


 

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang  diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)

  

11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai utk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. ( 2000)

 

 

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.

 

13. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)


    Jawapan Bahagian D

(Berdasarkan soalan bahagian D - Teknik Menjawab Soalan Pengajian AM 2 )

Catatan :
Pelajar perlu meneliti kata kunci dalam arahan soalan dalam menentukan bentuk jawapan yang tepat.

 

Soalan 1 : Graf garis biasa . Alasan ; kata pola-pola perubahan dan berkaitan dengan saham.

  
Soalan 2 ; Graf garis biasa. Alasan : Keadaan turun-naik, dan berkaitan dengan saham.


Soalan 3 : Bar piramid komponen. Alasan : Ada perkataan Jumlah dan 3 dimensi/perkara ( pekerjaan, etnik dan tahun )

Soalan 4 : Bar piramid kompaun. Alasan : Ada  3 dimensi/perkara ( berat kelahiran, etnik dan jantina )
 

Soalan 5 ; Bar memesong. Alasan ; Peratusan perubahan, ada data 2 tahun / tempoh


Soalan 6 ; Graf garis biasa :Alasan:  kadar perubahan , ada 5 tahun paksi mendatar.

 
Soalan 7 : Gabungan graf bar dan bar garis : Alasan : ada 2 ukuran berlainan . Bar kompaun sebab tidak perkataan jumlah. Satu garisan sahaja kerana perkataan jumlah pendapatan eksport 3 komoditi


Soalan 8 : Graf garis komponen . Alasan :  Ada perkataan jumlah dan  sebagai komponen jumlah pengambilan


Soalan 9 : Graf kompaun . Alasan : tidak ada perkataan jumlah dan ada 4 dimensi/perkara (  dilapor, ditangkap, didakwa dan tahun.)

 

 

Soalan 10 : Pai Bertingkat : Alasan : tidak ada perkataan bandingkan/bezakan, hanya ada satu jumlah besar sahaja.


 

Soalan 11  : Carta pai banding. Alasan : perkataan perbezaaan, ada 2 jumlah data besar ( RMK-6 dan RMK-7)

 

 

Soalan 12 : Carta pai banding : perkatan menunjukkan dan jumlah import dan eksport

 

Soalan 13 : Gabungan graf bar dan garis . Alasan : ada 2 ukuran berlainan ( pengeluaran = tan matrik,   perolehan = RM juta )

 

Oleh ,
En Oong Bon Hok
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
Sabah.
3.9.2009


      
Bahagian E ( Jadual )

Secara umum, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya satu soalan tentang jadual/ grafik dalam soalan STPM. Terdapat cara  tertentu semasa menjawab soalan jadual. Rujuk soalan jadual berikut, fahamkan arahan dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada cara untuk mendapatkan jawapan.


 
Soalan

Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999.

Jadual bolehla di lihat bwah..entah kenapa xboleh insert in the middle of post=(
Cadangan Jawapan Jadual

 

Bahagian E ( Carta Aliran)

Pengajaran dalam bahagian ini agak sukar kerana tidak ada satu panduan yang berkesan dalam pengajaran carta aliran. Soalan yang ditanya dalam soalan STPM berlainan dan tidak ada hubung kait  setiap tahun.  Terdapat 2 cara mendekati soalan carta aliran, iaitu menggunakan pendekatan proses dan bukan proses.  Soalan-soalan tahun lepas digunakan sebagai bahan pengajaran dan soalan latihan. Cadangan jawapan disediakan,  pelajar dikehendaki mendapatkan soalan-soalan yang tercatat.

 

a.  Teknik mendekati soalan berbentuk  ” Proses” – terikat dgn pergerakan anak panah

 

             # 1999 : bagaimana kemiskinan di desa dikurangkan

             # 2004 : Fasa yang perlu dilalui oleh sebuah firma dlm
                            prose
mengurus secara strategik

             #2003 : Peringkat –peringkat yg dilalui oleh Projek X utk

                           menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang

                           berkesan. 

 



b. Teknik mendekati soalan tidak berbentuk ”proses”- tidak terikat dgn anak panah

 

             # 1994 : Pelbagai kegunaan air

             # 1998 : Faktor langsung dan tidak langsung
                            mempengaruh
amalan pemakanan

             # 2002 : Pelbagai pihak terlibat dlm pembangunan alam

                            sekitar    10:52PM 09/13/2007 



        (((((((((((((((  Tamat  ))))))))))))))
   



 sumber:mgcsabah.com




Semoga segala ilmu dapat kita pelajari bersama....

--fatinfarhah--

 

Picture